SENARAI KANDUNGAN


1.0 PENGENALAN

Manual Pengguna Frontend eJawatan MPHS v2.0 ini disediakan sebagai panduan kepada orang awam dan pemohon jawatan dalam menggunakan sistem permohonan jawatan secara dalam talian yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

Sistem ini dibangunkan bagi memudahkan proses permohonan jawatan dilakukan secara digital tanpa memerlukan penghantaran borang secara manual. Melalui sistem ini, pemohon boleh:

Manual ini menerangkan langkah demi langkah cara menggunakan setiap fungsi yang terdapat pada bahagian frontend sistem, bermula daripada pendaftaran akaun sehingga penghantaran permohonan.

Dokumen ini bertujuan memastikan semua pemohon dapat menggunakan sistem dengan mudah, teratur dan tanpa kekeliruan. Segala maklumat dan tatacara yang diterangkan dalam manual ini hendaklah dirujuk sebelum membuat permohonan bagi memastikan proses berjalan dengan lancar.

Sebarang penambahbaikan sistem pada masa akan datang akan dikemas kini selaras dengan keperluan semasa dan dasar pengurusan MPHS.